Monday, 3 December 2012
Saturday, 1 December 2012
Uji Minda 2
Bagaimana
haiwan-haiwan ini bergerak ?
Padankan
gambar haiwan berikut dengan cara pergerakannya.
Merangkak
Berenang
Terbang
Melompat
Mengengsot
Pergerakan Haiwan
Semua haiwan
bergerak.
Haiwan
bergerak dengan pelbagai cara.
Lagu ‘Gerak Haiwan’
Lembu berjalan
mencari makan
Kekura merangkak
perlahan-lahan
Burung terbang
tinggi di awan
Ikan berenang
berkawan-kawan
Ular menjalar
di dalam hutan
Siput mengengsot
di celah dahan
Semut merayap
dalam barisan
Kuda berlari
mencari kawan
Katak melompat dengan
keriangan
Haiwan bergerak dengan tujuan
Mencari makan mencari kawan
Juga mencari tempat perlindungan
Lagu 'Tempat Perlindunganku'
Di dalam lubang, dicelah batu,
Di atas pokok, di dalam reban,
Di dalam air, di celah kayu,
Inilah tempat perlindungan haiwan.
Di dalam gua, di
dalam kandang,
Haiwan berlindung
daripada bahaya,
Di dalam tanah dan
juga sarang,
Hiduplah haiwan
dengan gembira.
( Irama lagu ‘Bapaku Pulang’ )
Tempat Perlindungan Haiwan
Haiwan
memerlukan tempat perlindungan.
Tempat
perlindungan ini membolehkan haiwan
berteduh daripada
hujan dan panas matahari.
Haiwan juga
dapat melindungi diri daripada
musuh di
tempat perlindungannya.
Contoh tempat
perlindungan haiwan :
a) Di dalam sarang : burung
b) Di celah batu : siput
c) Di dalam air : ikan
d) Di dalam reban : ayam
e) Di dalam kandang : lembu
Subscribe to:
Posts (Atom)