Saturday, 1 December 2012

Uji Minda 2


Bagaimana haiwan-haiwan ini bergerak ?
Padankan gambar haiwan berikut dengan cara pergerakannya.





                    Merangkak                                        





                   Berenang                                     







                    Terbang                                        





                    Melompat                                    






                    Mengengsot
                                       

Pergerakan Haiwan



Semua haiwan bergerak.

Haiwan bergerak dengan pelbagai cara.


                 Lagu ‘Gerak Haiwan’

Lembu berjalan mencari makan
Kekura merangkak perlahan-lahan
Burung terbang tinggi di awan
Ikan berenang berkawan-kawan

                    Ular menjalar di dalam hutan
                    Siput mengengsot di celah dahan
                    Semut merayap dalam barisan
                    Kuda berlari mencari kawan

Katak melompat dengan keriangan
Haiwan bergerak dengan tujuan
Mencari makan mencari kawan
Juga mencari tempat perlindungan




Haiwan Membiak


Haiwan membiak melalui dua cara.

1.Bertelur




     Ayam








     Ular





2.Beranak




     Kucing








     Zirafah



Lagu 'Tempat Perlindunganku'



Di dalam lubang, dicelah batu,
Di atas pokok, di dalam reban,
Di dalam air, di celah kayu,
Inilah tempat perlindungan haiwan.

            Di dalam gua, di dalam kandang,
            Haiwan berlindung daripada bahaya,
            Di dalam tanah dan juga sarang,
            Hiduplah haiwan dengan gembira.

( Irama lagu ‘Bapaku Pulang’ )

Tempat Perlindungan Haiwan


Haiwan memerlukan tempat perlindungan.

Tempat perlindungan ini membolehkan haiwan
berteduh daripada hujan dan panas matahari.

Haiwan juga dapat melindungi diri daripada
musuh di tempat perlindungannya.

Contoh tempat perlindungan haiwan :

a)    Di dalam sarang    : burung
b)    Di celah batu         : siput
c)    Di dalam air           : ikan
d)    Di dalam reban     : ayam
e)    Di dalam kandang : lembu

Friday, 9 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2


Matapelajaran:
Dunia Sains Teknologi Tahun 2
Kelas
2 Cerdik
Masa
8.15 - 9.15 pagi
Tempoh
60 Minit
Tema
Sains Hayat
Tajuk
Haiwan
Standard pembelajaran
Murid boleh:
2.1.5 Mengenalpasti tempat perlindungan haiwan sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, dicelah batu atau kayu.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan  

2.2.1 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan

Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan tempat perlindungan haiwan iaitu sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu.










Aktiviti P&P
































A. SET INDUKSI
1. Sesi soal jawab guru dengan murid tentang:
i)                     Nama haiwan peliharaan di rumah masing-
masing
ii)                   Tempat haiwan kesayangan diperlihara

B. PENGENALAN
1. Guru mempamerkan slaid PowerPoint tentang gambar di ladang dan taman bunga.
2. Guru soal jawab dengan murid tentang tempat perlindungan yang ditunjukkan.
i)    Di manakah tempat ini? (Ladang)
ii)    Haiwan apakah yang tinggal di sini? (Ayam/      
       kambing/burung……)
iii)                  Di manakah tempat perlindungan haiwan ini?   
      (Reban, kandang, pokok……)


C. PENERANGAN
1.                   Guru menunjukkan gambar haiwan dan tempat perlindungan haiwan.
2.                   Murid menyatakan nama haiwan dan tempat perlindungan haiwan yang ditunjukkan.
3.                   Murid memberi contoh haiwan lain yang tinggal di tempat perlindungan yang ditunjukkan.

D. AKTIVITI
1.       Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil.
2.       Guru mengedarkan sampul yang mengandungi nama haiwan.
3.       Guru mewujudkan stesen jenis tempat perlindungan.
4.       Guru mengarahkan setiap kumpulan bergerak mengikut stesen untuk menyenaraikan haiwan mengikut tempat perlindungan.
5.       Setiap stesen diberi masa 15 saat sebelum bergerak ke stesen lain dengan pemantauan guru
6.       Penilaian dibuat berdasarkan ketepatan jawapan setiap kumpulan.
7.       Murid mencatat hasil aktiviti dalam buku latihan.

E. PENGUKUHAN
1.       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.       Guru membimbing murid menjawab soalan yang diberikan.

PENUTUP
1.       Guru menayangkan gambar penganiayaan haiwan.
2.       Murid menjelaskan cara yang betul untuk menunjukkan cara penjagaan dan kasih sayang terhadap haiwan.

EMK:
Keusahawanan (EK5)
TMK

Nilai moral: Kerjasama
Patuh arahan
Kasih sayang


Penilaian P&P:
Lembaran kerja, soal jawab, aktiviti kumpulan

Refleksi: