Friday, 9 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2


Matapelajaran:
Dunia Sains Teknologi Tahun 2
Kelas
2 Cerdik
Masa
8.15 - 9.15 pagi
Tempoh
60 Minit
Tema
Sains Hayat
Tajuk
Haiwan
Standard pembelajaran
Murid boleh:
2.1.5 Mengenalpasti tempat perlindungan haiwan sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, dicelah batu atau kayu.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan  

2.2.1 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan

Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyenaraikan tempat perlindungan haiwan iaitu sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu.










Aktiviti P&P
































A. SET INDUKSI
1. Sesi soal jawab guru dengan murid tentang:
i)                     Nama haiwan peliharaan di rumah masing-
masing
ii)                   Tempat haiwan kesayangan diperlihara

B. PENGENALAN
1. Guru mempamerkan slaid PowerPoint tentang gambar di ladang dan taman bunga.
2. Guru soal jawab dengan murid tentang tempat perlindungan yang ditunjukkan.
i)    Di manakah tempat ini? (Ladang)
ii)    Haiwan apakah yang tinggal di sini? (Ayam/      
       kambing/burung……)
iii)                  Di manakah tempat perlindungan haiwan ini?   
      (Reban, kandang, pokok……)


C. PENERANGAN
1.                   Guru menunjukkan gambar haiwan dan tempat perlindungan haiwan.
2.                   Murid menyatakan nama haiwan dan tempat perlindungan haiwan yang ditunjukkan.
3.                   Murid memberi contoh haiwan lain yang tinggal di tempat perlindungan yang ditunjukkan.

D. AKTIVITI
1.       Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil.
2.       Guru mengedarkan sampul yang mengandungi nama haiwan.
3.       Guru mewujudkan stesen jenis tempat perlindungan.
4.       Guru mengarahkan setiap kumpulan bergerak mengikut stesen untuk menyenaraikan haiwan mengikut tempat perlindungan.
5.       Setiap stesen diberi masa 15 saat sebelum bergerak ke stesen lain dengan pemantauan guru
6.       Penilaian dibuat berdasarkan ketepatan jawapan setiap kumpulan.
7.       Murid mencatat hasil aktiviti dalam buku latihan.

E. PENGUKUHAN
1.       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.       Guru membimbing murid menjawab soalan yang diberikan.

PENUTUP
1.       Guru menayangkan gambar penganiayaan haiwan.
2.       Murid menjelaskan cara yang betul untuk menunjukkan cara penjagaan dan kasih sayang terhadap haiwan.

EMK:
Keusahawanan (EK5)
TMK

Nilai moral: Kerjasama
Patuh arahan
Kasih sayang


Penilaian P&P:
Lembaran kerja, soal jawab, aktiviti kumpulan

Refleksi: